MENGENALI SUDAN: NEGARA PANAS DI PERSIMPANGAN AFRIKA DAN TIMUR TENGAH

Sudan terletak di bahagian timur laut benua Afrika dan bersempadan dengan tujuh negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan, Ethiopia dan Eritrea.  Di bahagian timurnya, Sudan mempunyai garis pantai sepanjang kira-kira 900 kilometer di Laut Merah. Ibu negaranya ialah Khartoum, yang terletak di pertemuan dua sungai utama iaitu Sungai Nil Putih dan Nil Biru. Sebelum pemisahan Sudan Selatan (2011), Sudan merupakan negara terbesar di Afrika (meliputi >8% keluasan benua), kini luasnya sekitar 1.9 juta kilometer persegi.

Bentuk muka buminya terdiri daripada padang pasir di utara, dataran savana di tengah, dan kawasan subur berhampiran sungai di selatan. Iklimnya terutama panas dan kering: utara beriklim gurun dengan hujan sangat minima, manakala selatan menerima hujan monsun bermusim yang membolehkan aktiviti pertanian musiman.

Dari segi ekonomi, Sudan bergantung kepada sektor pertanian, perlombongan dan sumber asli. Antara hasil utama ialah minyak mentah, emas, kapas, kacang tanah serta getah arab. Namun, selepas pemisahan Sudan Selatan pada tahun 2011, negara ini kehilangan sebahagian besar hasil minyaknya. Kini, emas menjadi penyumbang utama pendapatan eksport negara. Walaupun memiliki sumber semula jadi yang besar, Sudan berdepan cabaran ekonomi akibat konflik politik, inflasi tinggi, dan ketidakstabilan mata wang yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Sumber:CIA World Factbook (2024),World Bank: Sudan Overview (2024), Britannica: Sudan – Geography and Economy (2023)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …