SERANGAN JANTUNG KEKAL ANCAMAN UTAMA NEGARA

PENYAKIT jantung sememangnya digeruni sejak dahulu lagi kerana ia mampu menyerang pada bila-bila masa, tanpa mengira usia atau jantina.Penyakit yang dahulunya ‘popular’ menyerang golongan berusia, kini ‘mula mencari mangsa’ baharu dalam kalangan individu lebih muda.Pakar Perunding Kardiologi Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), Dr Wan Faizal Wan Rahimi Shah, berkata penyakit itu juga boleh berlaku pada usia muda.Insiden paling tinggi adalah sekitar umur 58 tahun. Jadi, semakin hampir usia itu, semakin tinggi risikonya. “Sebab itu, pemeriksaan kesihatan disarankan bermula seawal umur 40 tahun ke atas, sekurang-kurangnya sekali setahun.”Dengan cara ini, kita boleh mengesan faktor risiko lebih awal, sebelum ia berkembang menjadi penyakit jantung yang serius,” jelasnya. “Sebab itu, pemeriksaan kesihatan disarankan bermula seawal umur 40 tahun ke atas, sekurang-kurangnya sekali setahun.”Dengan cara ini, kita boleh mengesan faktor risiko lebih awal, sebelum iaberkembang menjadi penyakit jantung yang serius,” jelasnya.Dr Wan Faizal berkata, meskipun rawatan kesihatan di Malaysia semakin maju, penyakit jantung masih menjadi ancaman utama kerana faktor penyumbang lain kekal tinggi.

Faktor risiko penyakit jantung

Penyakit jantung berpunca daripada gabungan faktor risiko boleh diubah suai seperti gaya hidup dan tidak boleh diubah suai seperti faktor genetik. Individu dengan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti atau sejarah keluarga penyakit jantung perlu lebih berhati-hati.”Malaysia mempunyai kadar penyakit tidak berjangkit yang tinggi, termasuk kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.”Statistik juga menunjukkan sebahagian penyakit ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Apabila statistik penyakit kronik ini semakin tinggi, ia secara langsung menyumbang kepada peningkatan kes penyakit jantung,” katanya.Tambahnya, mereka yang mem­punyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kolesterol, kencing manis, obesiti, merokok, gaya hidup tidak aktif dan mempunyai sejarah keluarga penyakit jantung, akan lebih terdedah kepada penyakit jantung koronari kompleks.Kes dianggap kompleks apabila penyempitan berlaku di kawasan kritikal seperti arteri mula bercabang, terlalu panjang atau keras sehingga saluran arteri tersumbat.Risiko juga kian meningkat jika pesakit mempunyai masalah lain seperti fungsi jantung lemah, penyakit buah pinggang kronik atau diabetes tidak terkawal.”Faktor-faktor ini menjadikan rawatan lebih sukar dan pensakit akan berdepan risiko serangan jantung lebih tinggi berbanding kes biasa,” katanya.Bagaimanapun, Dr Wan Faizal berkata, dengan kemajuan dan kepesatan teknologi sedia ada, penyakit jantung koronari kompleks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘hukuman mati’.Malah, tegasnya, CVSKL selaku hospital jantung dan vaskular bersepadu mempunyai

Kaedah rawatan.

Pelbagai kepakaran dan teknologi terkini untuk merawat penyakit berkenaan.Sebagai contoh, antara alat yang membantu dalam rawatan kes kompleks ialah sejenis pam buatan terkini yang dimasukkan ke dalam jantung sebelum prosedur dilakukan.Fungsinya adalah untuk membantu jantung mengepam darah apabila terlalu lemah, sama ada sebelum atau ketika prosedur dijalankan. Selain itu, terdapat alat yang berfungsi seperti gerudi bagi membuka saluran darah keras, serta teknologi terkini, Intravascular Lithotripsy yang menggunakan gelombang tenaga bagi melembutkan dan memecahkan plak atau sumbatan degil.

“Di CVSKL, kami sentiasa me­­mantau perkembangan terkini. Kalau ada teknologi baharu yang terbukti berkesan dan memberi manfaat kepada pesakit, kami akan berusaha untuk membawanya masuk,” katanya.Menurut beliau, sebelum mengendalikan kes berisiko tinggi, pihaknya terlebih dahulu akan mengadakan perbincangan bersama ‘Heart Team’, membabitkan pakar bius, pakar bedah dan juga pakar kardiologi lain.

Tujuannya ialah untuk mendapatkan pendapat bersama membabitkan mana-mana kes yang berisiko tinggi, supaya keputusan bukan dibuat berdasarkan logik semata-mata, sebaliknya input daripada semua pihak.Dengan cara ini, pro sedur boleh dijalankan dengan lebih efektif dan paling penting, lebih selamat, kerana ia dibuat melalui perancangan yang teliti,” katanya.Di CVSKL, berpegang kepada motto ‘Ketahui Pilihan Anda’, di mana pesakit perlu mengetahui pilihan rawatan yang ada.”Jika diberitahu tiada pilihan langsung, dapatkan pandangan kedua. Jangan berputus asa. Datang ke CVSKL untuk mengetahui pilihan rawatan yang sesuai,” katanya.CVSKL turut sentiasa mengalu-alukan apa saja konsultasi kerana ada pesakit hanya perlukan pandangan, tidak semestinya terus menjalani rawatan.Malah, Dr Wan Faizal menegas­ kan, sekiranya benar tiada pilihan melalui kaedah intervensi seperti pembedahan, pesakit masih boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/sihat/2025/10/1463080/serangan-jantung-kekal-ancaman-utama-negara

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …