FORUM ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA, ANCAMAN IDEOLOGI BEBAS : PENDEKATAN ISLAM

IPOH, 1 November 2025 : Satu sesi Forum “Aliran Pemikiran Semasa, Ancaman Ideologi Bebas: Pendekatan Islam” telah diadakan bertempat di Dewan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS) bersempena Program Seminar Pemikiran Semasa dan Peradaban Islam 2025.

Slot pertama untuk sesi seminar ini menampilkan barisan ahli panel Sahibul Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, YBrs. Haji Khairul Amir bin Jamal, Penolong Pengarah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, Jabatan Perdana Menteri serta moderator YBrs. Ustaz Muhammad Azamuddin bin Sharuddin, Penolong Pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak.

Perbincangan forum menekankan kepentingan memahami aliran pemikiran moden dan ancaman ideologi bebas terhadap akidah serta kesejahteraan masyarakat. Para panel turut menegaskan bahawa pendekatan Islam yang berteraskan ilmu, hikmah dan akhlak perlu dijadikan asas dalam menangani cabaran ancaman ideologi masa kini.

Terima kasih kepada semua panel jemputan, moderator, urus setia serta peserta yang hadir dan menjayakan program ini.

Semoga perkongsian ilmu ini menjadi pencetus kepada pengukuhan pemikiran Islam dan pembinaan peradaban ummah yang berdaya tahan.

#keselamatannegaratanggungjawabbersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …