OPS PERANG LEBIH MUATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

JPJ Negeri Pulau Pinang telah menyita  dua (2)  buah kenderaan barangan kerana tidak mematuhi peraturan dan undang-undang dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya.

Sebuah lori tipper disita dibawah seksyen 80(1) APAD 2010 kerana beroperasi ketika permit sedang digantung dan sebuah lori kargo disita dibawah seksyen 64(1) APJ 1987 kerana tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran. Kedua-dua kenderaan barangan tersebut dikesan melakukan kesalahan dalam operasi khas Ops Perang Lebih Muatan.

Pemandu dan pemilik kenderaan barangan adalah dinasihat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta memastikan kenderaan selamat digunakan. Keselamatan di jalanraya tanggungjawab kita bersama.

Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …