SEMINAR KESELAMATAN JALAN RAYA DAN PEMANDUAN BERHEMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus melebarkan sayap berkongsi ilmu berkaitan keselamatan jalan raya di Seminar Keselamatan Jalan Raya anjuran Rapid Growth Technology Sdn. Bhd. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pekerja Rapid Growth Technology Sdn Bhd.
Perkongsian untuk sesi kali ini lebih memnfokuskan kepada :-
✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasar Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Membudayakan Pemanduan dan Penunggangan Selamat:
* Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
* Pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.
* Pemakaian Selamat ketika menunggang dan membonceng motosikal.
* Mengenal pasti zon titik buta kenderaan dan kaedah memotong dengan selamat.
* Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
* Kepentingan pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …