CUBAAN CURI KULIT KAYU TANGAR BERNILAI RM70,000 GAGAL

RAMPAS: Kulit kayu tangar yang cuba dicuri dirampas untuk siasatan lanjut.

SANDAKAN: Cubaan mencuri hasil hutan jenis kulit kayu tangar di kawasan hutan bakau sekitar Sungai Terusan Duyung, di sini, berjaya digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 2.30 petang itu, pasukan keselamatan menemukan 20 ikatan kulit kayu tangar yang telah siap diikat dan dipercayai dicuri daripada kira-kira 180 batang pokok bakau di kawasan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, kegiatan itu dikesan hasil rondaan dan risikan di kawasan hutan bakau yang sering menjadi sasaran penceroboh.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi menemui kulit kayu tangar yang telah siap untuk dijual dengan nilai anggaran sekitar RM70,000.

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini, namun siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pihak yang terbabit dalam kegiatan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Enakmen Perhutanan 1968, dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan mencuri hasil hutan negara.

“PPM Wilayah 4 Sabah komited membanteras penyeludupan serta penyelewengan hasil hutan, terutama di kawasan perairan dan lokasi strategik di negeri ini.

“Kami juga mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa mengesan dan menumpaskan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya.

Mohd Nazri berkata, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti penyeludupan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terpelihara.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …