STOR SIMPANAN MINYAK SUBSIDI DISERBU, ENAM INDIVIDU DITAHAN

TANGKAP: Semua suspek yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi selepas menyerbu sebuah stor di Kampung Pasir Putih, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu dilakukan hasil maklumat dan risikan Unit Risikan Marin.

Katanya, operasi membawa kepada penahanan enam individu terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam aktiviti berkenaan.

“Stor terbabit dipercayai dijadikan tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel subsidi yang diseleweng untuk tujuan keuntungan tidak sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nazri berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas sebuah lori tangki, tiga kenderaan, satu skid tank, tiga tangki fiber serta anggaran 14,000 liter minyak diesel.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM615,920 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut,” katanya.

SELUDUP: Minyak diesel yang cuba diseleweng ditemukan dalam serbuan berkenaan.

Beliau berkata, PPM akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan hasil negara, khususnya di kawasan perairan serta lokasi strategik di Sabah.

“Kami juga mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“PPM komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …