EMAH: Gempa bumi lemah direkodkan berlaku di kawasan Keningau.
KENINGAU: Gempa bumi lemah direkodkan berlaku di kawasan Keningau pada jam 8.32 pagi Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa berkenaan berkedudukan pada latitud 5.9 darjah Utara dan longitud 116.5 darjah Timur dengan magnitud 2.0 pada kedalaman 10 kilometer.
“Pusat gempa terletak kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah namun gegaran dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian ini,” katanya.
Orang awam yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia bagi membantu penilaian lanjut.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



