KUALA NERUS, 12 Oktober – Program Hari Sayyidatina Aisyah dianjurkan bagi memperkasakan wanita melalui pendidikan dan penerapan nilai Islam. Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Tuan Roslina Tuan Sulaiman menegaskan bahawa wanita ialah tunjang pembangunan masyarakat, mencontohi tokoh Sayyidatina Aisyah r.a sebagai simbol keilmuan dan keberanian.
Program ini menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman peranan wanita dalam pembangunan ummah, perkongsian ilmu serta melahirkan ikon wanita berilmu dan berakhlak mulia, selaras dengan PITAS 2030. Beliau turut mengakui cabaran seperti kurang keyakinan diri dan akses maklumat agama terhad masih dihadapi wanita. Kerajaan negeri komited memperkasakan wanita agar kompeten dan berdaya saing melalui penganjuran tahunan ini.
Sumber: UPDI



