KESAN BURUK BULI TERHADAP KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak berhak untuk belajar, bermain dan membesar dalam persekitaran yang selamat serta penuh kasih sayang. Namun, perbuatan buli — sama ada secara fizikal, lisan atau siber — boleh meninggalkan parut emosi dan mental yang mendalam dan berpanjangan.

Buli bukan sekadar gurauan atau usikan ringan. Ia boleh menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri, takut ke sekolah, prestasi akademik merosot, malah ada yang mengalami kemurungan dan trauma jangka panjang.

Kita semua memainkan peranan penting untuk menghentikan budaya membuli. Tegur, bantu dan sokong mereka yang menjadi mangsa. Jadilah suara buat mereka yang tidak mampu bersuara.

💬 Tiada alasan untuk membuli!
🤝 Bersama kita bina Generasi Tanpa Buli.

Sumber:Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang,JPM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …