TRANSFORMASI HIJAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Kawalan Bangunan dengan jayanya menganjurkan Bengkel ESG 2.0 : Transformasi Hijau MBPP pada 13 Oktober 2025 bertempat di Hotel Berjaya George Town, Pulau Pinang.

Memetik dalam ucapan YBhg. Datuk Bandar, beliau menekankan bahawa “Mengintegrasikan prinsip-prinsip ESG (Environmental, Social, Governance) dalam operasi kita merupakan salah satu pendekatan berkesan dalam menangani cabaran-cabaran perubahan iklim yang mendadak.”

“ESG bukan sahaja menitikberatkan aspek alam sekitar, tetapi juga menekankan organisasi yang berdaya tahan, bertanggungjawab, serta berpusatkan insan. Ia adalah pendekatan yang holistik dan menyeluruh, yang melibatkan semua aspek dalam memastikan long-term livability & kelestarian jangka panjang.”

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MADANIBekerja

Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang  https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …