PEMOHON DIKEHENDAKI DAFTAR AKAUN MYSTR BAHARU BAGI PERMOHONAN STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara.

Kerajaan MADANI baru-baru ini mengumumkan peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion bagi tahun 2026. Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam meringankan bebas kos sara hidup rakyat selain hasil penjimatan yang diraih dari penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95 melalui BUDI95.

Selain itu, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua sembilan juta penerima SARA turut menerima RM100 setiap bulan bagi tahun 2026. Sehubungan itu, mereka yang layak menerima bantuan ini perlu mengemas kini permohonan untuk mengelakkan daripada keciciran.

Menerusi portal Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun telah mempunyai MySTR pada tahun-tahun sebelumnya. Tempoh permohonan baharu dan perubahan permohonan adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.

Bagi pemegang STR yang tidak mengemas kini permohonan mereka selama tiga tahun berturut-turut, mereka dikehendaki mengemas kini permohonan STR bagi tahun 2026. Individu yang belum pernah mengemas kini maklumat peribadi akaun STR, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan, iaitu hadir secara fizikal (walk-in) atau secara atas talian.

Bagi yang memilih untuk kemas kini maklumat secara manual, anda perlu menghadirkan diri ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Satelit (PS) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan.

Manakala mereka yang ingin mengemas kini secara atas talian, sila lawati portal rasmi STR LHDNM melalui laman https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan. Menurut LHDN, jika pemohon telah membuat permohonan STR tetapi tidak mempunyai akaun STR, pemohon mestilah mendaftar terlebih dahulu. Klik ‘Daftar Pengguna Baru’ untuk mendaftar akaun STR. Sila rujuk panduan pengguna Daftar MySTR 2026.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …