SISIPAN SEJARAH PADA 13 OKTOBER 2011: FORUM PERDANA DI RAJA

Pada hari ini dalam tahun 2011, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Raja Permaisuri, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam Di Raja yang diadakan di Istana Melawati, Putrajaya. Tajuk yang dibahaskan ialah “Agama Dijunjung, Raja Disanjung”. Forum Diraja ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-225 pada 12 hingga 14 Oktober 2011. Dua orang ahli panel yang dijemput bagi mengupas tajuk ini adalah mantan Ketua Pengarah Jakim yang juga Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara, Tuan Haji Mahamad Naser Disa. Forum ini telah dikendalikan oleh Zakaria Othman sebagai Moderator. Antara isu yang telah dikupas ialah peranan raja-raja dan pemerintah dalam memelihara Islam sebagai agama rasmi negara serta hubungan ulama’ dan pemimpin negara.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia 

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …