SISIPAN SEJARAH PADA 15 OKTOBER 2012: MALAYSIA MENJADI PENGANTARA PERJANJIAN DAMAI KERAJAAN FILIPINA–MILF

Pada hari ini dalam tahun 2012, sengketa lebih 40 tahun antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Bertindak Islam Moro (MILF) ditamatkan hasil usaha Kerajaan Malaysia selaku perantara. Kedua-dua pihak menandatangani dan saling bertukar rangka kerja Perjanjian Damai sambil disaksikan oleh YM Dato’  Tengku Ab. Ghafar bin Tengku Mohamed, Perantara Malaysia dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Rizal, Istana Malacanang, Manila, Filipina. Kerajaan Filipina diwakili oleh Dean Marvic Leonen, Pengerusi Panel Rundingan Kerajaan Filipina manakala MILF diwakili oleh Mohagher Iqbal, Pengerusi Panel Rundingan MILF. Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan lebih 1,000 hadirin termasuk Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Filipina. Pelan Damai ini kemudian membawa kepada Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro (CAB) yang ditandatangani di Istana Malacanang, Manila, Filipina antara kedua-dua belah pihak pada 27 Mac 2014.

Sumber: Arkib Negara Malaysia 

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …