π—–π—˜π—₯𝗔𝗠𝗔𝗛 π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang melalui Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat meneruskan kerjasama bersama rakan strategik dengan berkongsi pengetahuan berkaitan Keselamatan Jalan Raya sempena Safety Month Campaign Pos Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Perkongsian ilmu berkaitan Keselamatan Jalan Raya disertai oleh seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai bahagian operasi, bahagian kaunter dan bahagian serahan Pos Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Melalui sesi ceramah ini, peserta diingatkan tentang
βœ… Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasar Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
βœ… Membudayakan Penunggangan Selamat;
* Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
* Mengenal pasti zon titik buta kenderaan dan kaedah memotong dengan selamat.
* Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
* Mengaplikasikan Teknik CITO dalam pemanduan selamat.
* Kewajipan pemandu berhenti dan memberi laluan kepada pejalan kaki apabila menghampiri lintasan Zibra atau di tempat pejalan kaki melintas.
βœ… Perkongsian berkaitan:
– Kepentingan Penggunaan segitiga kecemasan dan kon keselamatan
– Tips memandu dalam keadaan hujan dan larangan penggunaan lampu hazard ketika hujan lebat.
– Tips penyelarasan tali topi keledar dan faktor-faktor yang mempengaruhi jangka hayat topi keledar
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …