OPS PEKASE BIL.16/2025 – USAHA BERTERUSAN MBMB PERKUKUH KEBERSIHAN BANDARAYA

Melaka – Operasi Penguatkuasaan Kawal Selia (Ops PEKASE) Bil.16/2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya (JLPB) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dimulakan dengan sesi taklimat operasi di Ibu Pejabat MBMB yang disampaikan oleh Encik Noor Azran bin Nordin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, JLPB MBMB.

Operasi kali ini memberi tumpuan kepada premis perniagaan di kawasan DUN Pengkalan Batu dan DUN Duyong dengan penyertaan anggota penguat kuasa daripada SWCorp Melaka.
Hasil operasi mendapati beberapa premis gagal mematuhi peraturan kebersihan. Sebanyak 8 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bernilai keseluruhan RM4,000.00 telah dikeluarkan kepada operator premis yang tidak menjaga kebersihan. Selain itu, sebanyak 5 Notis Pematuhan di bawah Seksyen 7(1)(b), Peraturan 8(1) Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) 2018 turut dikeluarkan oleh pihak SWCorp Negeri Melaka kepada premis yang gagal melantik pemegang lesen pemungutan sisa berdaftar.
MBMB menasihatkan semua pengusaha premis agar sentiasa memastikan kebersihan di kawasan persekitaran bagi mengelakkan tindakan kompaun serta mengekalkan imej Bandaraya Melaka yang bersih dan indah.
Sumber : MBMB

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …