HARAPAN PENTERNAK BAGI BELANJAWAN 2026

Golongan penternak di Terengganu berharap Belanjawan 2026 memberi tumpuan terhadap peningkatan kos makanan ternakan, keperluan infrastruktur dan isu kelulusan merancang yang dilihat semakin membebankan pengusaha kecil dan sederhana.

Diharapkan dapat memperkenalkan subsidi bersasar, skim geran padanan serta bantuan teknologi bagi memperkukuh daya saing industri ternakan ayam, kambing dan lembu yang menjadi antara penyumbang utama sekuriti makanan negara.

Pengurus Ladang Ayam Ajil, Mohd Zul Fahmi Long, 35, berkata, kos pengeluaran bagi penternak ayam kini meningkat akibat harga makanan ternakan, elektrik, ubat-ubatan dan vaksin yang semakin meningkat.

Perkara ini  penting bagi memastikan harga ayam,lembu,kambing dan telur di pasaran kekal stabil dan mampu dibeli dan digunakan rakyat.

Disamping itu  kerajaan juga perlu memperkukuh kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar seperti jalan ladang, bekalan elektrik stabil dan sumber air bersih bagi membantu mengurangkan kos operasi penternak di samping menyalurkan bantuan subsidi kecil kepada penternak kampung.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …