MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI (MKN JPM) | SK SUMBILING, BONGAWAN

BONGAWAN, 7 Oktober 2025 – Dalam suasana kedinginan hujan di Kampung Sumbiling, Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI MKN JPM telah berlangsung meriah dengan dirasmikan oleh YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara. Kehadiran para guru, ibu bapa serta murid-murid menambahkan lagi keceriaan majlis ini.

 

Beberapa projek penambahbaikan fasiliti telah dilaksanakan di sekolah ini dengan menggunakan peruntukan RM100 ribu yang diluluskan oleh Kerajaan MADANI antaranya pembinaan pentas kekal, pembinaan dinding pemisah antara kelas, pembaikan lantai, penggantian lampu dan kipas bilik darjah, pemasangan penghawa dingin serta penggantian meja dan kerusi guru.

 

Projek Sekolah Angkat MADANI ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik MKN JPM bersama pihak Pejabat Daerah Membakut dan PIBG sekolah dengan sokongan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

 

Majlis peluncuran telah berlangsung dengan kehadiran Pengarah MKN Sabah, para guru, PIBG, wakil agensi, rakan strategik MKN antaranya Jabatan Penerangan Sabah, RTM serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Sabah/WP Labuan. Taklimat Dasar Keselamatan Negara oleh MKN Sabah, kempen Internet Selamat serta pameran kenderaan PRIME oleh pihak SKMM dan sesi cabutan bertuah mengisi slot majlis peluncuran ini. Sijil penghargaan turut disampaikan kepada agensi pelaksana yang terlibat dalam memastikan projek ini disiapkan dua (2) minggu lebih awal dari jadual.

MKN JPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi rakan pelaksana atas komitmen dan kerjasama padu dalam merealisasikan pelaksanaan projek di bawah program ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …