BAYI LAHIR 1 OKTOBER DI HOSPITAL MELAKA TERIMA KAD EKSKLUSIF JPN

Ayer Keroh – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka dengan kerjasama Hospital Melaka hari ini meraikan kelahiran bayi sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) ke-77 peringkat negeri.

JPN Melaka menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan Program Bayi HPN Negeri Melaka itu bertujuan meraikan bayi yang dilahirkan pada tarikh 1 Oktober 2025 di Hospital Melaka.

“Bayi tersebut turut menerima cenderahati Kad Eksklusif Pendaftaran Kelahiran Bayi HPN. Kad Ekslusif HPN ini membolehkan proses pendaftaran kelahiran dibuat di mana-mana pejabat JPN Melaka melalui kaunter ‘fast lane’ tanpa perlu mengambil nombor giliran. ia hanya dikeluarkan khas kepada bayi yang lahir pada tarikh tersebut di Hospital Melaka.

“HPN disambut pada setiap 1 Oktober sebagai memperingati pengeluaran Kad Pengenalan Kertas pertama pada tahun 1948 yang diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,” menurut kenyataan yang dikeluarkan JPN Melaka hari ini.

Memetik kenyataan lagi, bertemakan ‘Memperkasa Identiti, Memperkukuh Negara’, sambutan tahun 2025 menyaksikan pelbagai program direncanakan sepanjang Oktober ini.

“Antara program yang dirancang sepanjang Oktober antaranya Program Mekar Komuniti My18 Bersama Pemimpin Masyarakat; Upacara Perkahwinan Sivil Beramai-ramai serta Program Kembara Van Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) ke Perkampungan Orang Asli,” jelas kenyataan.

Untuk rekod, Sejak tahun 1881, JPN berperanan penting dalam pengurusan sistem pendaftaran rakyat Malaysia merangkumi dokumen seperti Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Perkahwinan dan Sijil Kematian.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Mekar dan Korporat JPN Negeri Melaka di talian 06-232 6881 atau emel ke pppmelaka@jpn. gov. my.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …