Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata Zioyah Ismail, 73, ditemukan pada 11.07 pagi dalam keadaan lemah.
“Mangsa ditemukan tidak jauh dari pusat kawalan bomba di lokasi kejadian dipercayai sedang mencari jalan keluar dan dihantar ke Hospital Jasin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Hafidzatullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kehilangan mangsa pada 10.28 malam tadi, memaklumkan wanita itu tidak pulang selepas keluar dari rumah di Lau Leong Estate pada 2 petang semalam.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, polis dan penduduk kampung.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI) / BERNAMA



