MELAKA PELOPOR PERTANDINGAN KONDA KONDI PERTAMA DALAM SEJARAH NEGARA

Klebang – Melaka menjadi negeri pertama menganjurkan pertandingan konda kondi sekali gus mencatat sejarah dalam lembaran Malaysia Book Of Records (MBOR).

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Nasrul Ahmad berkata, usaha memartabatkan sukan warisan itu merupakan cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sehingga ia semakin mendapat sambutan luar biasa,

Jelas beliau, ia terbukti apabila dua pertandingan yang dianjurkan iaitu ketika Rentak Bertandak dan Pesta Konda Kondi Negeri Melaka sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 mendapat sambutan hebat apabila merekod penyertaan lebih 1,000 orang.

“Pada Pesta Konda Kondi ia bukan sahaja disertai rakyat Negeri Melaka, malah peserta-peserta yang datangnya daripada Negeri Sembilan, daripada Johor, Selangor dan Kuala Lumpur, sekali gus menunjukkan permainan yang diberi nafas baharu ini semakin diterima masyarakat.

“Itu memang hasrat Ketua Menteri yang ingin melihat dan menjadikan permainan Konda Kondi ini bukan sahaja di peringkat kampung tetapi ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke peringkat Majlis Sukan-sukan Negeri Melaka (MSSM), Sukan Melaka (SUKMA), Sukan Sea dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Penyampaian Hadiah Pesta Konda Kondi Melaka sempena WTD 2025 di Encore, di sini, semalam.

Tambah Nasrul, kesempatan menganjurkan permainan itu di acara berprestij seperti WTD 2025 dapat mempromosikan lagi permainan itu ke mata dunia.

Beliau turut berbangga apabila melihat permainan itu bukan lagi sukan yang digemari di peringkat kampung tetapi ternyata berjaya menambat hati delegasi luar negara yang berkampung di Melaka.

“Kita menjadikan konda kondi sebagai cenderamata malah mereka boleh mengimbas kod QR yang tertera untuk menonton peraturan permainan.

“Saya gembira apabila pelancong luar yang hadir terpegun menyaksikan permainan tradisional ini malah beranggapan ia seperti sukan ‘softball’ tetapi dimainkan dengan unik sekali,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …