Ayer Keroh – Penganjuran Program Kebudayaan dan Kelas Bahasa Jawa memberi peluang kepada generasi muda khususnya untuk terus mengangkat warisan tradisi komuniti itu di Negeri Melaka.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, bertempat di bangunan Persatuan Warisan Anak Jawa Paya Dalam (PERWAJA) program itu turut melibatkan pelajar Universiti Surabaya, Indonesia serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Contoh untuk kelas Bahasa Jawa, peserta yang terlibat didedahkan dengan perbezaan bahasa Jawa kasar (Ngoko) dan bahasa Jawa halus (Inggil) selain turut diterangkan tentang tulisan Jawa lama,” katanya.
Terdahulu Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek berkata, disamping membudayakan kembali bahasa Jawa turut diketengahkan permainan tradisional yang makin dilupakan.
“Menariknya persembahan kebudayaan tradisi Jawa turut dipertontonkan seperti permainan alat muzik gamelan, jidoran, kuda kepang dan silat bromo.



