HAIWAN TERNAKAN BERKELIARAN, MPJ AMBIL TINDAKAN TEGAS

Jasin – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) giat melaksanakan operasi menangani masalah haiwan ternakan berkeliaran yang mengganggu penduduk setempat khususnya di kawasan taman perumahan.

Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, operasi terbaharu yang dijalankan pada 26 September lalu tertumpu di Taman Pulai Indah, Serkam, susulan beberapa aduan awam yang diterima.

Menurutnya, ternakan berkeliaran menimbulkan pelbagai masalah antaranya halangan lalu lintas dan keselamatan, kerosakan tanaman penduduk serta isu kebersihan akibat najis yang bertaburan di atas jalan.

“Sejak Januari hingga kini, MPJ telah menerima tiga aduan berhubung masalah sama di kawasan tersebut.

“Dalam operasi baru-baru ini, seekor lembu berjaya ditangkap hasil aduan orang awam kepada pihak MPJ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tegas Muhammad Zahiruddin, pemilik ternakan perlu bertanggungjawab mengawal haiwan masing-masing dan tidak membiarkannya bebas di kawasan awam.

“Sekiranya haiwan ternakan ditemui berkeliaran, tindakan sitaan akan diambil. Jika tidak dituntut dalam tempoh ditetapkan, MPJ akan melelong haiwan tersebut mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Sejak Januari 2025 sehingga kini sebanyak enam ekor lembu dan tiga ekor kambing telah dilelong kerana tidak dituntut oleh mana-mana pemilik selepas operasi tangkapan dijalankan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …