WTC PLATFORM PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU

Banda Hilir – Penganjuran Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 disifatkan sebagai platform penting dalam memperkukuh kerjasama pelancongan serantau, khususnya dalam kalangan negara ASEAN.

Menteri Penasihat (Urusan Ekonomi) Kedutaan Besar Republik Indonesia, Hendra P. Iskandar berkata, WTC 2025 turut dilihat bertepatan dengan persediaan Malaysia menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).

MENTERI Penasihat (Urusan Ekonomi) Kedutaan Besar Republik Indonesia Hendra P. Islandar

“Ini adalah program amat baik dan bagus malah WTC ini boleh menjadi permulaan awal bagi negara-negara ASEAN khususnya untuk memupuk kerjasama dalam sektor pelancongan.

“WTC ini adalah program amat bagus dan bertetapan untuk menghadapi VM 2026 selain ia akan mewujudkan kerjasama lebih erat dan sejahtera dalam kalangan negara ASEAN,” katanya ketika ditemui  pada WTC 2025, semalam.

Acara itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  MOTAC, Chua Choon Hwa.

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Menurut Hendra, WTC dilihat wajar dijadikan sebagai acara tahunan memandangkan pelancongan merupakan sektor utama pembangunan ekonomi.

“Saya mengalu-alukan sekiranya ia dijadikan persidangan tahunan selain penganjuran di Melaka ini berjaya,” katanya.

Sementara itu, wakil agensi pelancongan Nor Azizan Othman, berkata, penganjuran WTC 2025 bukan sahaja dapat membantu mempromosikan Malaysia khususnya Melaka tetapi memperkenalkan budaya serta warisan kepada negara luar.

“Selain mempromosikan dapat mempromosikan Malaysia, WTC juga membantu ejen pelancongan mengetahui dengan lebih mendalam tentang industri pelancongan luar negara.

“Menerusi sesi dialog diadakan banyak input dan perkongsian tentang industri dan pembangunan pelancongan dikongsi, ini amat membantu kami agensi pelancongan menarik pelancong ke Malaysia,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …