ZOO MELAKA TAWAR DISKAUN SEMPENA WTD 2025

Ayer Keroh – Zoo Melaka menawarkan diskaun harga tiket kepada orang ramai bersempena dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025.

Menurut jurucakap Zoo Melaka, tawaran istimewa itu diberikan kepada pengunjung yang membeli tiket di Visit Malaysia Travel Meet (VMTM) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, pada 26 hingga 28 September.

Jelasnya, tiket itu sah digunakan sehingga hujung tahun ini.

“Kami menawarkan harga tiket serendah RM17.10 untuk kanak-kanak manakala untuk orang dewasa harga serendah RM35.20.

“Dengan pembelian awal tiket di VMTM 2025, pengunjung boleh terus masuk tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

“Promosi ini sangat berbaloi dan menjadi peluang terbaik untuk mereka menikmati pengalaman di Zoo Melaka jika dibandingkan dengan harga tiket yang asal,” katanya.

Tambahnya, tawaran juga amat sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan lawatan sekolah atau bercuti bersama keluarga.

“Jika datang ke Melaka, jangan lupa jadikan Zoo Melaka sebagai destinasi pilihan untuk melihat pelbagai spesies haiwan yang menjadi antara tarikan utama pelancongan di negeri ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …