POLIS BONGKAR SIMPANAN AIR KETUM DI TAWAU

SERBU: Polis serbu sebuah rumah dijadikan tempat simpanan ketum.

TAWAU: Polis menahan lima lelaki serta merampas 45 botol berisi cecair disyaki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima maklumat dan risikan mengenai aktiviti berkenaan.

Katanya, serbuan menerusi Ops Tapis itu dijalankan selepas polis mengesan kegiatan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan badan terhadap semua suspek tidak menemui sebarang barang salah. Namun, hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah membawa kepada penemuan sebuah peti berisi 45 botol mengandungi cecair dipercayai air ketum.

“Turut ditemui satu kotak coklat berisi 10 paket lutsinar mengandungi serbuk halus dipercayai daun ketum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI #taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …