AMBIL TAHU | Kenali Jenis Kad Pengenalan

AMBIL TAHU | Kenali Jenis Kad Pengenalan
Ramai orang ingat MyKad semua sama je kan? Sebenarnya ada tiga jenis Kad Pengenalan yang berbeza untuk warganegara Malaysia:
👉 MyKad Awam – untuk orang ramai.
👉 MyKad Polis – ada tambahan nombor badan.
👉 MyTentera – khas untuk anggota ATM yang sedang berkhidmat.
Esok, 27 September 2025, abang polis dan askar kita akan jadi kumpulan pertama yang memanfaatkan inisiatif BUDI95 dengan kad pengenalan masing-masing.
Kenapa mereka dulu? Pelaksanaan program ini dijalankan secara berperingkat untuk memastikan sistem berjalan lancar, tanpa gangguan atau lonjakan penggunaan yang mendadak. Selepas PDRM & ATM, giliran rakyat Malaysia yang lain pula akan menyusul.
Kalau MyKad anda rosak atau cip tak dapat dibaca, jangan risau. Esok (27 September 2025), JPN buka kaunter khas gantian MyKad dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Datang je, kami sedia membantu.
Sumber : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …