DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, SPK Valdor, SPK Penaga dan Cawangan Batu Uban telah membuat penguatkuasaan khas gempur kenderaan perdagangan dan lebih muatan. Penguatkuasaan ini diadakan bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan ini mematuhi peraturan dan undang-undang dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 ( Akta 715 ) dan Kaedah-kaedah dibawahnya.
Sepanjang ops khas gempur kenderaan perdagangan diadakan minggu ini, pelbagai kesalahan dikesan iaitu membawa lebih muatan daripada had dibenarkan, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL), pamir nombor pendaftaran kenderaan lain, tidak tutup muatan, Kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Tidak pakai talipinggang keledar penumpang bas ekspres, tiada pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh iaitu perjalanan melebihi 300 km atau 4 jam berterusan pemanduan (bas ekspres dan persiaran).
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



