𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan lebih muatan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal. PenguatkuasaanΒ  ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715) dan memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalanraya.

Sebanyak 12 buah kenderaan barangan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) APAD 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. 3 buah kenderaan barangan gagal hadir timbang dan Kesalahan lain dikesan seperti kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Sebanyak 2 buah lori trailer di sita kerana membawa lebih muatan melebihi 70% daripada had dibenarkan dan sebuah lagi didapati langgar syarat lesen pengendali dengan membawa muatan yang tidak dibenarkan seperti dalam syarat lesen pengendali .

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …