MB Negeri Sembilan Archives - Laman Web MKN

PROJEK SUSUR KELUAR BAHARU DI NILAI DILULUS, ATASI KESESAKAN SENAWANG–KL
Kesesakan trafik dari Senawang menghala ke Kuala Lumpur dijangka dapat dikurangkan apabila projek pembinaan susur keluar masuk (interchange) baharu di Nilai diluluskan dan dijadualkan bermula tahun hadapan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, projek berkenaan yang akan melalui laluan Nilai–Labu–Enstek (NLE) diluluskan dalam mesyuarat Malaysia Vision Valley (MVV) baru-baru ini, dengan Kerajaan Persekutuan menanggung kos keseluruhan pembinaan.

Pihaknya dimaklumkan akan ada jalan baharu dan Plaza Tol Plus baharu yang akan dimulakan pembinaannya tahun depan. Projek ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan ketika ini pengurusan lanjut sedang diperincikan. Laluan baharu ini penting bagi menyuraikan trafik yang semakin sesak terutama dari Senawang ke arah Utara, termasuk ke Kuala Lumpur.

Menurut Aminuddin, projek NLE sepanjang 18 kilometer itu kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Julai 2026, sekali gus menjadi laluan alternatif utama bagi pengguna dari kawasan selatan menuju ke Lembah Klang.

Sumber:Kosmo

The post PROJEK SUSUR KELUAR BAHARU DI NILAI DILULUS, ATASI KESESAKAN SENAWANG–KL appeared first on Laman Web MKN.

INISIATIF BELANJAWAN NEGERI SEMBILAN 2026 MENGAMBIL KIRA KEPERLUAN RAKYAT
Konsultasi Belanjawan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2026 telah berlangsung selama tiga hari dengan menghimpunkan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Perpaduan dan Ketua-Ketua Jabatan di Rasa Sayang Resort and Spa, Pulau Pinang.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, sebanyak 14 Jawatankuasa Bertindak telah membentangkan cadangan inisiatif Belanjawan Negeri Sembilan 2026 yang akan dibentangkan pada Disember 2025 nanti. Setiap permohonan inisiatif yang dikemukakan mengambil kira keperluan rakyat di samping mempertimbang kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.

Beliau meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada jabatan yang telah memohon inisiatif dapat melaksanakan perbelanjaan secara cekap berpandukan tatacara kewangan agar dapat memberi impak tinggi kepada rakyat di samping memastikan setiap projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pejabat Kewangan Negeri dan Perbendaharaan Negeri di atas kejayaan melaksanakan konsultasi belanjawan kali kelapan sejak saya diberi amanah menjadi Menteri Besar pada tahun 2018 lagi.

Sumber: Negeri Kita

The post INISIATIF BELANJAWAN NEGERI SEMBILAN 2026 MENGAMBIL KIRA KEPERLUAN RAKYAT appeared first on Laman Web MKN.

GISBH: NEGERI SEMBILAN KEKAL PENDIRIAN RUJUK PEWARTAAN SESAT AL-ARQAM PADA 2016
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016 terhadap ajaran dan kepercayaan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, tiada keperluan untuk mengeluarkan fatwa lain berkaitan GISBH kerana kepercayaan mereka adalah sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang telah diwartakan sesat. Apabila mereka cuba menghidupkan semula Aurad Muhammadiah itu, ia tetap sesatlah. Sudah ada peraturan, jadi untuk apa kita buat satu lagi peraturan. Enakmen sedia ada itu sudah mencukupi, apabila mengimani sesuatu yang bukan daripada ajaran sebenar, ia sesatlah. Kita tahu mereka menjurus ke arah itu, maka sesatlah. Jika kepercayaan al-Arqam itu telah diharamkan, maka ia tertakluk kepada enakmen yang sama (termasuk GISBH).

Sebelum ini, Mufti Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mendapati ajaran dan kepercayaan GISBH adalah sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang diwartakan sesat di negeri ini pada 2016.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan negeri turut meminta pengikut GISBH di negeri ini supaya mendaftarkan diri bagi mengikuti program rehabilitasi secara sukarela. Usaha yang dilaksanakan secara kolaborasi bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu adalah bagi menjamin aspek akidah dan kelangsungan hidup ahli-ahli GISBH.

Beliau merayu kepada pengikut GISBH di luar sana yang ingin mengikuti proses pemulihan atau rehabilitasi ini supaya mendaftarkan diri mereka. Pemulihan ini akan dijalankan selama tiga bulan.

Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Baharuddin Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan menawarkan program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli GISBH yang masih bebas di negara ini untuk mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Pendaftaran itu dibuka sehingga 14 November depan serta mengalu-alukan penyertaan ahli organisi berkenaan tanpa mengira usia dan jantina.

Sumber: Sinar Harian

The post GISBH: NEGERI SEMBILAN KEKAL PENDIRIAN RUJUK PEWARTAAN SESAT AL-ARQAM PADA 2016 appeared first on Laman Web MKN.

JAGA KEAMANAN NEGARA DARIPADA SEBARANG FITNAH – AMINUDDIN
Masyarakat perlu menjaga keamanan yang dikecapi negara selama 67 tahun merdeka daripada sebarang fitnah dan sangkaan buruk. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, tempoh 67 tahun itu amat bermakna bagi seluruh rakyat di negara ini dan penting untuk sama-sama menjaganya. Rakyat perlu terus berusaha bersungguh-sungguh menjaga keamanan negara daripada fitnah dan sangkaan buruk yang berterusan. Kemerdekaan yang dikecapi hari ini cukup bermakna apabila ia disambut dalam keadaan ekonomi negara yang semakin baik, ringgit terus mengukuh dan Bursa Malaysia yang menunjukkan peningkatan. Ia satu pencapaian yang membanggakan dan beliau yakin ia akan berterusan yang akhirnya rakyat mendapat manfaat. Beliau turut melahirkan rasa kesyukuran kerana kemerdekaan ke-67 dapat diraikan dalam suasana cukup meriah dan kagum melihat kehadiran rakyat yang turut sama meraikan kemerdekaan. Semangat patriotik yang disemai ini harap berterusan sampai bila-bila dan saya lihat mereka yang datang bukan untuk melihat tapi mahu meraikan erti kemerdekaan itu sendiri. Beliau berharap setiap individu dapat mempertahankan kemerdekaan dengan mengisinya penuh semangat dan iltizam bagi memastikan negara terus berjaya.

Sumber: Sinar Harian

The post JAGA KEAMANAN NEGARA DARIPADA SEBARANG FITNAH – AMINUDDIN appeared first on Laman Web MKN.

PEMAKAIAN TELEPOK TERAMAI TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR
Seramai 1,002 wanita bertelepok sempena Perasmian Perpatih Fest 2024, di sini, hari ini sekali gus memegang rekod Pemakaian Telepok Paling Ramai menerusi The Malaysia Book of Record (MBOR). Aksesori ikatan kain batik tradisional itu kebiasaannya dipakai wanita Negeri Sembilan suatu masa dahulu dan kini dilihat sebagai salah satu pakaian rasmi bagi Ibu Soko.

Ini rekod ketiga yang dipecahkan Perpatih Fest selepas memegang rekod Masakan Kari Kepala Kambing Terbanyak (100 kepala) dan Perarakan Panta Berkucung Terbanyak (222) pada penganjuran tahun lalu. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dengan tema ‘Adat Yang Diuco Pakai’, Perpatih Fest kali ini digabungkan bersama NS Fest yang berlangsung selama lapan hari bermula pada 27 Julai lalu. Selain acara ‘Moh Bertelepok’ pelbagai aktiviti menarik yang disajikan berkaitan Adat Perpatih dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Negeri Sembilan.

Sudah pasti pengunjung akan menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk mengenali dengan lebih dekat pengamalan Adat Perpatih melalui berbagaibagai aktiviti yang dijalankan Luak dan Wilayah Adat dalam Perpatih Fest. Antara aktiviti lain pada festival kali ini adalah Forum Perdana Ehwal Islam, Demontrasi Masakan Luak, Demonstrasi Peralatan Adat Luak, Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Luak serta Masakan Masyarakat Cina, India dan Orang Asli.

Tinjauan di sekitar acara itu mendapati wanita dari pelbagai peringkat usia teruja mengenakan telepok yang mana pada peringkat mensasarkan seramai 500 peserta sahaja. Menurutnya lagi, manusia tidak dapat menolak arus permodenan, namun tidak boleh membiarkan warisan peninggalan yang diwarisi datuk nenek moyang, iaitu Adat Perpatih hanyut dibawa arus kemajuan. Kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan menyalurkan Dana Memperkasakan Adat Perpatih melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan sejak 2019 untuk Luak dan Wilayah Adat menjalankan program dan aktiviti.

Sumber: Harian Metro

The post PEMAKAIAN TELEPOK TERAMAI TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR appeared first on Laman Web MKN.