JPN Negeri Sembilan Archives - Laman Web MKN

EMPAT SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN TERJEJAS RIBUT TROPIKA SENYAR
Empat sekolah rendah di Negeri Sembilan membabitkan seramai 1,038 murid melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan banjir disebabkan Ribut Tropika Senyar yang berlaku pada Jumaat.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Khalidah Omar, empat sekolah terjejas ialah SK Jijan (420 murid), SK Sega (132 murid), SK Jimah (426 murid) dan SJKC Ladang Tanah Merah Site A (60 murid).

Menurutnya, Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Port Dickson dan SMK Dato Shamsudin Nain di Rantau pula dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat diterbangkan ribut. Jurutera JPN serta Pejabat Pendidikan Daerah sedang mengenal pasti segala kerosakan dan kita masih mengumpulkan maklumat daripada beberapa sekolah lain lagi yang turut terjejas. Namun situasi terkawal dan langkah susulan telah diambil.

Dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Jimah berikutan rumah mereka dinaiki banjir. Dua calon lagi dilaporkan berdepan masalah untuk ke sekolah bagi menghadapi peperiksaan kerana jalan untuk ke sekolah mereka dinaiki banjir.

Beliau akan berbincang dengan pihak sekolah berkenaan calon yang terjejas banjir ini sama ada tempatkan mereka di asrama sekolah menengah terdekat atau tinggal sementara di rumah saudara. Perkembangan lanjut kami akan maklumkan.

Sumber: Sinar Harian

The post EMPAT SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN TERJEJAS RIBUT TROPIKA SENYAR appeared first on Laman Web MKN.

KES JENAYAH LIBAT PELAJAR DI NEGERI SEMBILAN MENINGKAT
Kes jenayah melibatkan pelajar sekolah di Negeri Sembilan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil langkah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri bagi menanganinya.

Pihaknya melihat berlaku sedikit peningkatan iaitu kes jenayah melibatkan pelajar sekolah yang bukan sahaja berlaku dalam kawasan sekolah, tetapi juga di luar sekolah. Antaranya membabitkan jenayah buli, gangguan seksual, keganasan dan pukul serta amang seksual. Jika mengikut peratusan, kenaikan hanya pada kadar 0.2 peratus sahaja.

Selain itu, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan akan melakukan pemeriksaan secara mengejut di beberapa sekolah berasrama terpilih. Ia akan dilaksanakan dengan kadar segera dan sekolah-sekolah itu telah dikenal pasti. Ini adalah permintaan pihak sekolah itu sendiri dan tumpuan utama kita ialah memberi kesedaran kepada pelajar serta menerapkan nilai-nilai murni, sahsiah diri termasuklah soal akidah.

Pada masa sama,  polis juga akan meningkatkan lawatan ke sekolah-sekolah, manakala Ketua Polis Daerah telah diarahkan meneliti serta membuat risikan berkenaan setiap laporan kes yang diterima.

Mengulas mengenai tindakan segelintir institusi yang cuba menyembunyikan kes jenayah demi menjaga reputasi, Alzafny menegaskan perkara sebegitu tidak berlaku di Negeri Sembilan. Pihaknya akan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi mengelakkan salah faham pada masa akan datang. Semua pihak perlu telus dan dalam siasatan pun, kita memang melaksanakannya secara menyeluruh untuk memastikan tidak berlaku sebarang salah faham pada masa akan datang.

Sumber: Sinar Harian

The post KES JENAYAH LIBAT PELAJAR DI NEGERI SEMBILAN MENINGKAT appeared first on Laman Web MKN.

MBS ARAH PEMAJU ROBOHKAN PENEMPATAN PEKERJA ASING
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengarahkan pihak pemaju supaya merobohkan struktur penempatan warga asing yang didakwa dijadikan tempat tinggal pekerja di Taman Bandar Senawang, di sini. Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS, Shamaruddin Saidin, hasil siasatan mendapati premis berkenaan tidak mematuhi peruntukan undang-undang di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Merujuk kepada laporan akhbar pada 17 Julai lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membuat serbuan bersepadu di lokasi dan pihak kami sudah menjalankan siasatan lanjut mengenai penempatan haram berkenaan. MBS telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis kepada pihak pemilik tanah supaya merobohkan struktur bangunan serta-merta.

Hasil semakan juga mendapati tanah yang dijadikan lokasi penempatan berkenaan juga adalah milik pemaju iaitu sebuah syarikat pembinaan yang menjalankan projek perumahan di kawasan terbabit. Pihaknya sudah melakukan semakan dengan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan mengenai situasi itu dan mendapati ia menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 70(1), 70(11) dan 87(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Ia bagi mana-mana bangunan yang dibina tanpa mendapat kebenaran daripada PBT terutamanya sehingga menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam.

Sekiranya arahan notis tidak dipatuhi, pihak MBS akan mengambil tindakan perundangan yang lebih tegas kepada pihak pemilik tanah mengikut peruntukan perundangan yang ditetapkan. Pihak MBS juga  sangat menghargai warga Bandaraya Seremban yang sentiasa melaporkan sebarang aduan atau pertanyaan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) mbseremban.spab.gov.my atau Aplikasi Respons Rakyat.

Sebelum ini JIM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan pihak polis menyerbu satu penempatan haram warga asing yang dikatakan sudah bertapak sejak 15 tahun lalu. Bagaimanapun, pihak pemaju memaklumkan penempatan itu sebenarnya adalah rumah pekerja mereka di atas tanah persendirian.

Sumber: Sinar Harian

The post MBS ARAH PEMAJU ROBOHKAN PENEMPATAN PEKERJA ASING appeared first on Laman Web MKN.

DULU RUMAH KONGSI, KINI JADI PERKAMPUNGAN HARAM PATI
Sebuah kawasan seluas 2,700 meter persegi di Taman Bandar Senawang di sini, yang dahulunya menjadi tempat tinggal pekerja warga asing yang bekerja di tapak projek di situ kini dijadikan lokasi penempatan haram mereka. Lokasi yang dikelilingi hutan dan berpaya itu dikatakan turut menyediakan ‘penginapan’ kepada kelompok mereka yang tiada tempat tinggal dengan mengenakan bayaran RM50 semalam.

Bagaimanapun ia dapat dikesan pihak berkuasa menerusi serbuan bersepadu Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada Rabu. Penempatan itu kelihatan seperti rumah panjang dan dibina seperti bilik asrama. Turut disediakan tandas, ruang dapur dan ruang bersantai di bahagian luar yang dikongsi bersama.

Menurut Pengarah Imigresen, Kennith Tan Ai Kiang, dalam serbuan bermula jam 1 pagi itu, seramai 69 warga asing diperiksa dan 11 daripadanya merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal lebih masa. Kesemua mereka merupakan warga Indonesia dan Bangladesh berusia antara 24 tahun hingga 60 tahun. Mereka akan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan pihak berkuasa. Lokasi tersebut yang terdapat tiga ‘blok’ dan dikelilingi pagar zink dipercayai telah wujud sejak lapan tahun lalu yang mana salah seorang daripada mereka berperanan sebagai ketua di situ. Pihaknya percaya kawasan ini dulunya adalah tempat tinggal bagi pekerja warga asing yang bekerja di projek pembinaan di kawasan terbabit, namun mereka terus tinggal di situ walaupun projek telah siap dan kini bekerja dengan syarikat lain. Ia dihuni hampir 99 peratus warga Indonesia dan Bangladesh dan ada sebahagian mereka yang mempunyai kad pengenalan merah. Penempatan ini pernah diserbu pada tahun 2009 dan kini semakin luas. Hasil risikan mendapati, kawasan terbabit turut dijadikan transit warga asing dengan dikenakan bayaran RM50 semalam. Mereka juga hidup seperti di kampung halaman dengan bercucuk tanam dan memelihara ternakan.

Kawasan penempatan ini bukan saja padat dan kotor, malah dipercayai mencuri sumber elektrik dan air dari luar kerana tidak kelihatan sebarang meter di lokasi. Penyambungan dilakukan adalah berisiko dan ia seperti asrama dengan setiap setiap bilik dihuni seorang atau dua orang. Malah turut kelihatan di lokasi iaitu kereta dan beberapa buah motosikal dipercayai milik warga asing berkenaan. Pihaknya akan menyemak status kenderaan terbabit dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan status tanah berkenaan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban. Pihaknya juga turut menerima aduan penduduk di kawasan ini yang gusar apabila melihat kehadiran ramai warga asing berkumpul di situ selain sudah mengenal pasti ketua yang mengendalikan penempatan ini dan akan diambil keterangan.

Sumber: Sinar Harian

The post DULU RUMAH KONGSI, KINI JADI PERKAMPUNGAN HARAM PATI appeared first on Laman Web MKN.