DKU Negeri Sembilan Archives - Laman Web MKN

SIDANG DUN NEGERI SEMBILAN DITANGGUH – AMINUDDIN
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini dan sepatutnya bersambung pada 27 sehingga 29 April, diputuskan ditangguh hingga suatu tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Keputusan itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Datuk Seri Aminuddin Harun ketika ditemui sejurus selesai istiadat perasmian pembukaan persidangan.

Menurut Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman, persidangan ditangguhkan hingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak, namun tidak memperincikan alasan penangguhan.

Sumber: Berita Harian

The post SIDANG DUN NEGERI SEMBILAN DITANGGUH – AMINUDDIN appeared first on Laman Web MKN.

TUANKU MUHRIZ TITAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI WAJAR DITERUSKAN, BERFUNGSI SEPERTI BIASA
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pentadbiran kerajaan negeri wajar diteruskan dan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kelangsungan tadbir urus negeri berjalan dengan teratur serta memelihara kepentingan rakyat.

Tegas baginda, walaupun dengan ketidakhadiran pembesar negeri yang lazimnya mengiringi baginda pada setiap perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), keadaan itu tidak menjejaskan keabsahan mahupun kelancaran persidangan berkenaan.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, bagaimanapun tidak hadir ke istiadat berkenaan.

Tuanku Muhriz bertitah, Negeri Sembilan mencatat sejarah tersendiri sebagai negeri pertama berjaya mencapai status sifar miskin tegar secara konsisten bagi 2023, 2024, 2025 sehingga tahun ini.

Melalui pelbagai intervensi bersasar dan pemantauan rapi, pencapaian itu mula direkodkan sejak penghujung 2023 apabila 3,530 ketua isi rumah (KIR) berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar dengan kejayaan itu bukan bersifat sementara, sebaliknya berterusan.

Pada 2024, seramai 1,697 KIR turut dikeluarkan daripada kategori terbabit, meningkat kepada 2,275 KIR tahun lalu dan sehingga 30 Januari tahun ini dengan 1,106 KIR, sekali gus memastikan Negeri Sembilan mengekalkan status sifar miskin tegar bagi empat tahun berturut-turut.

Tuanku Muhriz turut menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar tidak boleh dilihat sebagai satu pencapaian angka semata-mata, sebaliknya manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap maruah dan kesejahteraan rakyat.

Pencapaian sektor pendidikan

Tuanku Muhriz turut menzahirkan kebanggaan dengan pencapaian sektor pendidikan di negeri ini secara keseluruhan kerana sentiasa menerima penghargaan dan pengiktirafan melibatkan tahap pengajian di peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Baginda berbesar hati dengan pencapaian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun lalu yang mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) kepada 2.33 mata. Kecemerlangan ini dizahirkan apabila Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Mustafa, Jempol serta Maahad Ahmadi mengekalkan GPN cemerlang 1.81 mata.

Baginda turut menzahirkan tahniah atas pencapaian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Ampuan Najihah atau Noghori Arts School yang mengharumkan nama negeri dengan penyertaan sepanjang Minggu Negeri Sembilan di Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Jepun pada Oktober lalu.

Mengenai pelancongan, Tuanku Muhriz bertitah, tahun ini mencatatkan detik amat bermakna apabila diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS), sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa sektor itu sebagai teras ekonomi mampan dan lestari berfokuskan pelancongan pantai, ekopelancongan dan Adat Perpatih.

Setelah 27 tahun tidak dilaksanakan TMNS dan mengambil kira peningkatan kehadiran pelancong yang amat memberangsangkan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, beta menyeru agar inisiatif ini tidak terhenti setakat ini sahaja sebaliknya diteruskan secara konsisten dan berkesinambungan pada tahun seterusnya.

Sementara itu, sebagai Ketua Agama Negeri, Tuanku Muhriz mahu perhatian serius diberikan terhadap usaha meningkatkan ekonomi dan ilmu pengetahuan umat Islam termasuk menjadikan masjid dan surau tempat menyebarkan lagi syiar Islam.

Sumber: Berita Harian

The post TUANKU MUHRIZ TITAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI WAJAR DITERUSKAN, BERFUNGSI SEPERTI BIASA appeared first on Laman Web MKN.

ISTIADAT DUN NEGERI SEMBILAN TETAP DITERUSKAN TANPA UNDANG YANG EMPAT, TUNKU BESAR TAMPIN
Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 pada Khamis tetap berlangsung seperti biasa meskipun tanpa kehadiran Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aisah Rohani Tengku Besar Mahmud tiba di bangunan DUN Negeri Sembilan sekitar jam 9.36 pagi.

Baginda disambut oleh Yang di-Pertua DUN, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Baginda kemudian memeriksa kawalan kehormatan utama yang diketuai tiga pegawai serta 103 anggota Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Syed Sirajuddin. Seterusnya baginda memasuki Dewan dan menyampaikan titah sekitar jam 10.25 pagi.

Terdahulu baginda yang dilihat keluar dari Istana Hinggap di sini menaiki kenderaan sempat melambai tangan kepada kumpulan Sekretariat Sokongan dan Taat Setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Menteri Besar yang berada di tepi jalan. Kumpulan tersebut sebelum itu menyerahkan Memorandum Sokongan dan Taat Setia Anak Waris, Ibu Soko, Buapak, Lembaga ADAT Luak Nan 4 ke atas baginda. Penyerahan memorandum tersebut diserahkan oleh Ketua Sekretariat, Prof Dr Mohd Aluwi Sari kepada Tunku Kecil Muda, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin.

Lewat tengah malam pada Rabu, Empat Undang Luak bersama Tunku Besar Tampin memaklumkan tidak akan hadir dalam Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan DUN.

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan media bersama dikeluarkan oleh Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak (Sungei Ujong), Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad (Jelebu), Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah (Johol), Datuk Sedia Raja Abdul Rahim Yasin (Rembau) dan Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri (Tunku Besar Tampin).

Mereka turut menasihatkan agar istiadat tersebut ditangguhkan sementara sehingga selesai segala proses adat dan undang-undang berhubung peralihan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12. Keputusan berkenaan dibuat susulan pengisytiharan pemecatan Tuanku Muhriz oleh mereka pada 19 April lalu serta melihat kepada situasi mutakhir ini.

Sumber: Sinar Harian

The post ISTIADAT DUN NEGERI SEMBILAN TETAP DITERUSKAN TANPA UNDANG YANG EMPAT, TUNKU BESAR TAMPIN appeared first on Laman Web MKN.

ISU PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN: JANGAN SEBAR KANDUNGAN CETUS KEKELIRUAN, 3R
Polis menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang kandungan yang boleh mencetuskan kekeliruan, keresahan awam atau menyentuh sensitiviti berkaitan agama, raja dan kaum (3R) berhubung isu semasa di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata orang awam perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, ulasan atau perkongsian sama ada secara fizikal atau di platform digital.

Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang perbuatan berbentuk ugutan, provokasi, hasutan, fitnah serta penyebaran maklumat palsu yang menyalahi undang-undang. Dalam masa sama,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal mengutamakan keselamatan, ketenteraman awam dan keamanan negeri termasuk melindungi nyawa serta harta benda orang ramai.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya menghormati adat perpatih serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang menjadi teras kedaulatan pemerintahan dan perpaduan negeri.

PDRM tidak akan mencampuri urusan berkaitan agama dan adat resam yang termaktub di bawah undang-undang tersebut. Sehubungan itu, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara serta menghormati proses yang sedang berlangsung.

Sumber: Berita RTM

The post ISU PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN: JANGAN SEBAR KANDUNGAN CETUS KEKELIRUAN, 3R appeared first on Laman Web MKN.

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SEMBILAN: TUANKU ATAU UNDANG YANG EMPAT LEBIH BERKUASA?
Nama Negeri Sembilan tiba-tiba menjadi hangat berikutan tindakan Undang Yang Empat mengisytiharkan pemecatan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, berkuat kuasa serta-merta. Pengisytiharan berkenaan dibuat dalam satu sidang media khas di Balai Undang Luak Sungei Ujong di sini kira-kira jam 6.15 petang pada Ahad.

Empat Undang terbabit ialah Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak (Sungai Ujong), Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad (Jelebu), Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah (Johol) dan Datuk Sedia Raja Abdul Rahim Yasin (Rembau). Pengisytiharan terbabit turut disaksikan oleh Datuk Syahbandar Sungei Ujong, Datuk Baharudin Abdul Khalid

Turut diumumkan pemilihan dan pelantikan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar, sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Dalam sidang media tersebut dinyatakan penyiasatan lengkap dan menyeluruh berhubung dengan perkara yang merupakan perbuatan salah laku oleh Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selepas menaiki takhta yang secara langsung telah mengakibatkan institusi Raja Negeri Sembilan tercemar. Bagaimanapun tidak dijelaskan tentang salah laku yang didakwa tetapi dinyatakan tindakan tersebut dibuat mengikut Perkara 10(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Sebelum itu kesemua Undang berkenaan dilihat tiba di Balai Undang Sungei Ujong sekitar jam 2.30 petang untuk mengadakan mesyuarat mengenai isu tersebut dan hanya selesai selepas tiga jam.

Perkembangan mengejutkan berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan sama ada pengisytiharan tersebut sah atau tidak, termasuk sama ada tindakan berkenaan benar-benar mengikut lunas undang-undang dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan(UUTKNS) 1959. Jika pengisytiharan itu sah, ia sekali gus menamatkan pemerintahan Tuanku Muhriz yang bermula secara rasmi pada 29 Disember 2008.

Namun Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataannya bertarikh 20 April menegaskan tindakan Mubarak menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz tidak boleh diterima atau diiktiraf. Ini kerana jelas baliau, Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 UUTKNS.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Telaga Undang, Sarifah Norzaidah Al-Qadri yang berkata, tindakan Mubarak bukan saja tidak sah, malah disifatkan sebagai satu penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan sewajarnya dikenakan tindakan Undang-Undang.

Episod berkaitan institusi Beraja di Negeri Sembilan ini mula timbul apabila Waris Luak Sungei Ujong mengeluarkan kenyataan bertarikh 18 Mac dmemaklumkan Mubarak dilucutkan jawatan sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-10 selepas didakwa melanggar hukum syarak dan adat. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Tua Lembaga Waris di-Darat, Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim selepas mendapat keizinan dan persetujuan Ibu Soko Klana Hulu dan Anak.

Bagaimanapun dalam kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Datuk-Datuk Lembaga Adat Sungei Ujong pada 18 April pula menjelaskan pendirian mereka yang sebulat suara ikrar taat setia kepada Mubarak. Jelasnya, kenyataan dikeluarkan oleh Zainol Ariffin pada 18 Mac itu juga adalah tidak sah dari sudut adat kerana beliau telah pun dipecat pada 28 November 2024.

Dalam kenyataan berkenaan turut dijelaskan bahawa pemilihan Datuk Undang atau pemberhentian Datuk Undang perlu mengikut adat luaknya saja yang mana ia selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Fasal 14 (1 dan 3). Justeru, pihak luar yang tiada sebarang kepentingan diminta untuk tidak mencampuri urusan adat di Sungei Ujong.

Pada masa sama pihak mereka turut mempersoalkan kenyataan media dikeluarkan oleh Menteri Besar bertarikh 17 April lalu yang disifatkan salah dan bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan adat Sungei Ujong. Mereka juga menasihatkan semua pihak supaya merujuk terus kepada Balai Undang Sungei Ujong atau Datuk-Datuk Lembaga Adat yang sah berkenaan dengan Undang Luak Sungei Ujong.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Istana Besar Seri Menanti mahupun Tuanku Muhriz sendiri berhubung pengisytiharan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

The post UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SEMBILAN: TUANKU ATAU UNDANG YANG EMPAT LEBIH BERKUASA? appeared first on Laman Web MKN.