DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Sikap segelintir pemandu dan pengusaha lori yang masih berdegil membawa muatan melebihi had yang dibenarkan terus mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Bagi membendung isu ini, Unit Penguatkuasaan Lebih Muatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Operasi Khas Lebih Muatan Sempena Perayaan Deepavali bermula 6 November 2026 hingga 13 November 2026. Operasi bersepadu ini memfokuskan pemantauan yang lebih agresif di seluruh laluan utama dan lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan.
Tindakan membawa muatan berat secara berlebihan bukan sahaja merosakkan struktur permukaan jalan raya, malah menjadi punca utama gangguan lalu lintas apabila kenderaan berat rosak di tengah jalan. Lebih membimbangkan, ia meningkatkan risiko kegagalan brek dan tayar pecah yang boleh mengakibatkan kemalangan maut melibatkan pengguna jalan raya lain.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



