Jawapan ringkas: siang, tutup tingkap dan langsir yang kena matahari. Malam dan awal pagi, baru buka semua.
Ramai buat terbalik.
Pukul 2 petang. Matahari tegak atas bumbung. Kita buka semua tingkap dengan harapan ada angin masuk.Yang masuk bukan angin sejuk. Yang masuk udara luar yang lebih panas daripada dalam rumah, bersama cahaya matahari yang terus memanaskan lantai, sofa dan dinding.Dinding dan lantai itu simpan haba macam batu yang dijemur. Malam nanti, ia lepaskan haba itu balik ke dalam bilik. Sebab itu bilik masih berbahang walaupun dah pukul 11 malam.
Panduan kesihatan antarabangsa untuk cuaca panas menyarankan sesuatu yang nampak pelik bagi kita. Pada waktu siang, tutup tingkap dan langsir, terutamanya yang menghadap matahari.Kemudian guna udara malam untuk sejukkan rumah. Buka semua tingkap pada waktu malam dan awal pagi bila suhu luar dah lebih rendah, asalkan selamat.
Langsir tebal atau berwarna gelap pada tingkap yang kena matahari pagi atau petang sangat membantu.Kipas memang beri rasa lega. Tapi menurut panduan yang sama, bila suhu melebihi 35 darjah Celsius, kipas sahaja mungkin tak cukup untuk mencegah penyakit berkaitan haba. Waktu itu, pindah ke bilik paling sejuk dalam rumah.
Sidai tuala basah boleh bantu sejukkan udara bilik, tapi ia juga menaikkan kelembapan. Di Malaysia yang udaranya dah sedia lembap, jangan berlebihan. Sasaran yang disebut pakar: suhu bilik sebaik-baiknya di bawah 32 darjah pada waktu siang dan di bawah 24 darjah pada waktu malam.
Ini lebih penting untuk bayi, warga emas lebih 60 tahun, dan sesiapa yang ada penyakit kronik. Pastikan mereka minum air secara kerap walaupun tak rasa dahaga. Warga emas yang tinggal seorang diri, jenguk sekurang-kurangnya sekali sehari pada hari yang sangat panas.
Siang tutup. Malam buka.
Rumah pun perlu bernafas pada waktu yang betul.
Sumber: Publichealthmalaysia



