TINJAUAN KESIAPSIAGAAN JSJ MELAKA HADAPI PRN 2026

Melaka – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Datuk Wira M.Kumar a/l S. Muthuvelu, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bagi meninjau tahap kesiapsiagaan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.

Lawatan tersebut turut disusuli dengan Mesyuarat Khas Kesiapsiagaan JSJ Kontinjen Melaka yang dipengerusikan oleh beliau bagi meneliti aspek perancangan, penyelarasan serta kesiapsiagaan operasi jabatan sepanjang tempoh pilihan raya.
Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman dan Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak bersama delegasi JSJ Bukit Aman.
Ketibaan delegasi tersebut disambut oleh Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar; Timbalan Ketua Polis Melaka, YDH SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Ahmad Zamry Marinsah; Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), Supt Rizal Mohd Dan serta Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan), Supt Arshad Abu.
Sepanjang lawatan, beliau turut dibawa meninjau Bilik Gerakan PRN Negeri Melaka bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai tahap kesiapsiagaan dan penyelarasan gerak kerja operasi, khususnya melibatkan aspek risikan, sumber manusia, logistik serta mekanisme pemantauan situasi keselamatan sepanjang tempoh pilihan raya.
Beliau turut menyampaikan amanat kepada seluruh warga JSJ agar sentiasa mengekalkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi, memperkukuh kerjasama serta penyelarasan antara bahagian dan daerah, di samping melaksanakan setiap tugasan dengan penuh profesionalisme, integriti dan akauntabiliti.
Beliau turut menegaskan kepentingan tindakan yang pantas, tepat dan berkesan dalam menangani sebarang isu atau insiden yang berpotensi menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam. Penekanan ini selaras dengan tanggungjawab PDRM untuk memastikan keamanan terus terpelihara dan proses demokrasi sepanjang PRN Melaka 2026 berlangsung dalam keadaan aman, teratur dan lancar.
Kesiapsiagaan menyeluruh serta komitmen bersepadu seluruh warga JSJ merupakan antara elemen penting dalam memastikan segala aspek keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraman awam terus terpelihara sepanjang PRN Melaka 2026.
Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Turus JSJ, Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka.
Sumber : Polis Melaka

Artikel/Berita Terkini

BUKA PELUANG KEDUA KEPADA KLIEN PUSPEN DALAM SEKTOR AGRIKOMODITI

Pantai Kundur – Klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) berpeluang memperoleh kemahiran dalam sektor agrikomoditi menerusi cadangan kerjasama Kementerian Perladangan …

TINJAUAN KESIAPSIAGAAN JSJ MELAKA HADAPI PRN 2026

Melaka – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Datuk Wira M.Kumar a/l S. Muthuvelu, hari ini mengadakan lawatan …

BEKERJALAH DENGAN HATI, BUKAN SEKADAR MENGEJAR GAJI

Kadangkala, bukan gaji yang membuatkan seseorang itu terus bertahan di tempat kerja, tetapi suasana yang baik, rakan sekerja yang saling …