Peningkatan kes kemalangan di lokasi eko pelancongan Terengganu memerlukan anjakan paradigma dalam pengurusan keselamatan.
Negeri Terengganu mempunyai tujuh Taman Eko Rimba (TER) utama termasuk Chemerong, Sekayu, Lata Belatan, Lata Payung dan Bukit Bauk yang telah merekodkan purata 48,000 pengunjung setahun.
Walau bagaimana pun, membicarakan insiden kemalangan nyawa dan keselamatan untuk dua tahun kebelakangan dengan mengambil salah satu contoh pusat rekreasi air di Hutan Lipur Chemerong, Dungun adalah amat membimbangkan:
Pertamanya melibatkan kes lemas. Untuk tahun ini sahaja, dua kematian direkodkan. Terkini adalah kejadian pada
2 Okt 2026, seorang penolong pegawai perubatan Mohd Ikmal Awid, 25, maut lemas ketika mandi bersama enam rakan, dihanyutkan arus ke dasar sedalam 3 meter.
Sebelum itu, pada 3 Jun 2026, pelatih pusat kemahiran, Wan Shafuan Irfan, 19, lemas ketika mandi bersama lima rakan.
Membicarakan pula kes sesat dan insiden kecemasan di lokasi tersebut, pada 17 Okt 2026, seorang wanita 48 tahun tidak sedarkan diri ketika mendaki di Air Terjun Langsir, Chemerong, 9 kilometer dari kaki gunung dengan anggaran perjalanan 15 jam. Mangsa terpaksa dibawa keluar menggunakan helikopter AW139 Bomba.
Selain itu, terdapat kes sesat dalam kawasan eko rimba tersebut iaitu pada Julai 2026 melibatkan seorang lelaki dan dua kanak-kanak sesat 9 jam berhampiran air terjun di Dungun.
Oleh yang demikian, adalah dicadangkan beberapa penambahbaikan seperti berikut bermula dengan :
- a) Digitalisasi & Kawalan Akses:
Segerakan sistem permit masuk hutan secara dalam talian yang dibangunkan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bagi membolehkan pendaftaran awal dan had kuota harian. Ini membolehkan pengesanan pengunjung (headcount) secara real-time.
- b) Pengurusan Risiko Musim:
Kekalkan SOP penutupan semua TER bermula 1 November hingga 28 Februari setiap tahun ekoran musim tengkujuh dan risiko kepala air. Pasang papan amaran kepala air, penghadang fizikal dan tali keselamatan di lubuk dalam melebihi 2 meter.
- c) Penguatkuasaan Malim Wajib:
Wajibkan penggunaan malim gunung berdaftar dan nisbah 1:7, serta mewajibkan pemakaian jaket keselamatan. Pengunjung perlu melapor di pos renjer sebelum dan selepas aktiviti.
Sumber :
1.https://www.kosmo.com.my/2026/10/02/kakitangan-hospital-kemaman-mati-lemas-di-air-terjun-chemerong/
2.https://www.facebook.com/share/p/1CU6ci3hD9/



