Jenayah dadah rentas sempadan merujuk kepada kegiatan penyeludupan dadah dari sebuah negara ke negara lain secara haram. Sindiket menggunakan pelbagai taktik, termasuk menawarkan pekerjaan bergaji lumayan, percutian percuma serta memperalatkan individu untuk membawa bagasi atau bungkusan tanpa mengetahui kandungannya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperketat kawalan sempadan dan memperkemas pertukaran maklumat perisikan bagi membanteras penyeludupan dadah antarabangsa. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran mencurigakan atau membawa bagasi dan bungkusan milik orang lain tanpa mengetahui kandungannya.
Sumber: Facebook



