TIGA KELUARGA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG, RUMAH MUSNAH TERBAKAR

OPERASI: Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Kogopon, Papar, yang musnah sepenuhnya dalam kejadian awal pagi tadi.

PAPAR: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dua tingkat yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kogopon, di sini, awal pagi tadi.

Kebakaran kira-kira jam 2.30 pagi itu turut memusnahkan tiga kereta dan tiga motosikal, manakala dua lagi kereta mengalami kerosakan pada tahap berbeza.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.31 pagi sebelum sembilan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.52 pagi dan mendapati rumah jenis separuh kekal berkeluasan kira-kira 167 meter persegi itu terbakar sepenuhnya, selain api merebak ke beberapa kenderaan berhampiran.

“Rumah yang dihuni tiga keluarga itu musnah 100 peratus, manakala tiga kereta turut musnah sepenuhnya.

“Dua lagi kereta mengalami kerosakan masing-masing 20 dan 30 peratus, manakala tiga motosikal turut musnah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 60 meter dengan dua pancutan air daripada tangki jentera bomba.

“Api berjaya dikawal pada jam 3.05 pagi sebelum anggota bomba meneruskan kerja pemadaman bara bagi memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.15 pagi,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PAMERAN KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA

PUSASDA – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah mengadakan pameran sempena Tamat Latihan Perajurit Muda Intake 206/2026 di Pusat Latihan …

TIGA KELUARGA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG, RUMAH MUSNAH TERBAKAR

OPERASI: Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Kogopon, Papar, yang musnah sepenuhnya dalam kejadian awal pagi tadi …

169 PTI DITAHAN DALAM 25 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

TANGKAPAN: Antara pendatang asing tanpa izin (PTI) yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan imigresen di Sabah. KOTA KINABALU: Seramai 169 pendatang …