PAMERAN KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA

PUSASDA – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah mengadakan pameran sempena Tamat Latihan Perajurit Muda Intake 206/2026 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) bagi memperkenalkan peranan, fungsi dan perkhidmatan KAGAT dalam memperkukuh pembangunan kerohanian serta pembentukan sahsiah warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pameran tersebut menampilkan beberapa perkhidmatan utama, termasuk klinik al-Quran menggunakan kaedah CBQ, kaunter rawatan Islam serta perkhidmatan sulh dan mediasi. Inisiatif ini memberikan pendedahan kepada pengunjung mengenai bimbingan pembelajaran al-Quran, perkhidmatan rawatan Islam serta kaedah penyelesaian pertikaian melalui pendekatan sulh dan mediasi, khususnya dalam membantu pihak-pihak yang terlibat mencapai kesepakatan.
Pameran ini melibatkan seramai 10 orang petugas KAGAT yang berganding bahu bagi memastikan setiap pengisian dan perkhidmatan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan mencerminkan profesionalisme dan semangat berpasukan warga KAGAT dalam menyampaikan perkhidmatan keagamaan kepada warga ATM.
Secara keseluruhannya, penganjuran pameran ini menjadi platform untuk memperkenalkan kepakaran dan perkhidmatan KAGAT, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penghayatan Islam, pemantapan ilmu agama dan pembentukan jati diri dalam kalangan perajurit muda sebagai bakal anggota Tentera Darat Malaysia.
Sumber : Facebook MEDIA KAGAT

Artikel/Berita Terkini

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN OPERASI PEMBENIHAN AWAN (OPA)

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀)MET Malaysia bersama NADMA, TUDM dan CAAM kini sedang dan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan …

PAMERAN KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA

PUSASDA – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah mengadakan pameran sempena Tamat Latihan Perajurit Muda Intake 206/2026 di Pusat Latihan …

TIGA KELUARGA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG, RUMAH MUSNAH TERBAKAR

OPERASI: Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Kogopon, Papar, yang musnah sepenuhnya dalam kejadian awal pagi tadi …