Melaka – Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, YDH ACP Halim bin Abas, bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, YDH Supt Azrul bin Mohamed serta pegawai-pegawai berkaitan telah mengadakan lawatan tapak ke Pusat Penamaan Calon bagi DUN Pengkalan Batu (N.15) dan DUN Kota Laksamana (N.20), sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Lawatan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi itu melibatkan dua lokasi, iaitu Dewan Wawasan SM Teknik Bukit Piatu bagi DUN Pengkalan Batu dan Dewan Tuah, Perpustakaan Negeri Melaka bagi DUN Kota Laksamana.

Lawatan ini turut disertai wakil pengurusan pilihan raya bagi kedua-dua kawasan serta pegawai-pegawai PDRM yang terlibat dalam perancangan dan penyelarasan keselamatan pilihan raya.
Antara perkara yang diberi perhatian ialah penilaian aspek keselamatan lokasi, penetapan jarak pemisahan penyokong parti politik serta kesesuaian tempat bagi pengumuman calon bagi memastikan proses penamaan calon dapat berlangsung dengan teratur, selamat dan lancar.
Lawatan ini juga bertujuan memperkukuh kerjasama serta penyelarasan antara pihak PDRM dengan pengurusan pilihan raya bagi memastikan setiap aspek keselamatan diberi perhatian sewajarnya sepanjang pelaksanaan PRN Melaka Ke-16.
Secara keseluruhannya, lawatan berjalan dengan baik dan terkawal dengan kehadiran seramai 25 orang.
“PDRM KOMITED MEMASTIKAN KESELAMATAN, KETENTERAMAN AWAM DAN KELANCARAN PROSES DEMOKRASI SEPANJANG PRN MELAKA KE-16.”
Sumber : Polis Melaka Tengah



