Bekas makanan polisterin mungkin ringan dan mudah digunakan, tetapi kesannya kepada alam sekitar boleh berpanjangan. Penggunaan bekas makanan polisterin sudah menjadi kebiasaan dalam budaya masyarakat Malaysia. Daripada membungkus nasi lemak sehingga lah mi goreng mamak, bekas ini sering digunakan kerana ia ringan, murah dan mudah didapati.
Namun, ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan polisterin untuk membungkus makanan boleh membawa risiko kepada kesihatan manusia antaranya ialah:
- Polisterin mengandungi bahan kimia seperti stirena yang boleh menyebabkan risiko kanser;
- Tidak tahan suhu tinggi – boleh menjadi cair dan melepaskan bahan kimia;
- Bahan Kimia daripada polisterin boleh menyumbang kepada masalah kesihatan;
- Sukar dikitar semula menyebabkan pencemaran;
- Mengandungi bahan beracun – melibatkan penggunana gas CFC yang beracun menyebakan penipisan lapisan ozon.
Selain membahayakan kesihatan, bekas polisterin juga memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Bekas ini mengambil masa sehingga ratusan tahun untuk terurai secara semula jadi. Lebih buruk lagi, ia sering berakhir di sungai atau laut, menyebabkan pencemaran yang serius kepada hidupan air.
🌱 Penuhkan tapak pelupusan – sukar dikitar semula dan mengambil ruang.
🌊 Jadi mikroplastik – boleh mencemarkan tanah, sungai dan lautan.
🐟 Ancaman kepada hidupan air – serpihan boleh disangka makanan oleh haiwan akuatik.
🔥 Bahaya jika dibakar terbuka – boleh membebaskan bahan berbahaya ke udara.
Jom kurangkan penggunaan polistiren dan pilih produk biodegradasi 🌱
Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan



