Kerajaan MADANI terus mengambil pendekatan tegas, tersusun dan berperikemanusiaan dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar di negara ini. Daripada jumlah sekitar 200,000 warga Myanmar, lebih 10,000 orang telah dibawa pulang sejak awal 2026, termasuk penghantaran terbaharu sekitar 1,400 orang melalui kapal Tentera Laut Myanmar. Langkah ini dilaksanakan melalui rundingan, kerjasama diplomatik serta tindakan bersepadu antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kementerian serta agensi berkaitan.
Pendekatan Kerajaan jelas dengan keselamatan, kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan, manakala penyelesaian isu ini dilaksanakan secara teratur dengan mengambil kira undang-undang serta prinsip kemanusiaan.
Kerajaan turut meneruskan engagement dan rundingan dengan Myanmar bagi mendapatkan penyelesaian yang praktikal dan berkesan terhadap isu yang telah berlarutan sekian lama. Usaha penghantaran pulang dilaksanakan secara terkawal dan berperingkat, seiring dengan penguatkuasaan undang-undang dalam negara.
Tegas menjaga negara. Berhikmah mencari penyelesaian. Keselamatan rakyat terus diutamakan.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia



