DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Solid Security Services Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Dr. Moses A/L Devadason Sundram, Pengurus Besar. Delegasi telah disambut oleh Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang, Tuan Zulkifly bin Ismail, bersama barisan pengurusan JPJ Negeri Pulau Pinang.
Sesi kunjungan hormat ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan kerjasama serta membincangkan perkara berkaitan perkhidmatan dan aspek keselamatan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Sumber : JPJ negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



