OPERASI KAWALAN BURUNG PEROSAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terus mempergiatkan usaha kawalan populasi burung perosak bagi memastikan kebersihan, kesihatan awam serta kesejahteraan persekitaran bandar sentiasa terpelihara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,616 ekor burung merpati dan 2,010 ekor burung gagak telah dilupuskan. Selain itu, sebanyak 105 sarang burung gagak turut dimusnahkan sebagai sebahagian daripada tindakan kawalan populasi burung perosak di kawasan pentadbiran MBPP.

Dalam usaha menangani faktor yang menyumbang kepada peningkatan populasi burung perosak, MBPP turut mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti pemberian makanan kepada burung.
Sebanyak lima (5) kompaun telah dikeluarkan kepada individu yang didapati memberi makanan kepada burung, di bawah Seksyen 47(1)(g), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Tindakan kawalan dan penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan gangguan burung perosak serta mengawal risiko pencemaran dan masalah kebersihan yang boleh menjejaskan keselesaan komuniti.
                                                                                                                                                                                       MBPP turut menyeru orang ramai agar tidak memberi makanan kepada burung secara sewenang-wenangnya, khususnya di kawasan awam, kerana perbuatan tersebut boleh menyumbang kepada pertambahan populasi burung serta menimbulkan masalah kebersihan dan kesihatan persekitaran.
Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan usaha pengurusan dan kawalan populasi burung perosak dapat dilaksanakan secara berkesan demi mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, selamat dan selesa untuk semua.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber  :  Majlis Bandaraya Pulau Pinang https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

945 LITER PETROL BERSUBSIDI DISOROK DALAM 30 TONG DIRAMPAS

RAMPAS: Suspek bersama barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan untuk tindakan lanjut. SANDAKAN: Cubaan menyimpan 945 …

OPERASI KAWALAN BURUNG PEROSAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …

OPS TEGAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …