90 MODUL LIDL DILABUH DI PERAIRAN PAPAR

LIDL: Muhammad Faiz menyempurnakan Program Melabuh Modul LIDL di perairan Pengalat, di sini.

PAPAR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melabuhkan 90 unit modul Ladang Ikan Di Laut (LIDL) di tiga kawasan perairan strategik di Papar bagi memulihkan sumber perikanan marin serta membantu meningkatkan pendapatan nelayan setempat.

Program di bawah Program Restorasi Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT) itu membabitkan peruntukan RM1.5 juta daripada PETRONAS bagi mengurangkan impak terhadap zon penangkapan ikan susulan operasi SOGT di Teluk Kimanis.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, program berkenaan memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 500 nelayan tempatan yang terjejas akibat ruang penangkapan ikan yang semakin terhad.

Katanya, sebanyak 90 unit modul LIDL konkrit dilabuhkan di Kuala Papar, Beringgis dan Pengalat dengan agihan 30 unit di setiap lokasi.

“Komposisi modul itu merangkumi 18 unit modul kosong, enam unit modul sotong dan enam unit modul udang kara.

“Modul LIDL berfungsi sebagai habitat, zon perlindungan dan kawasan pembiakan baharu bagi pelbagai spesies hidupan laut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Melabuh Modul LIDL di perairan Pengalat, di sini.

Menurutnya, kewujudan LIDL dijangka meningkatkan hasil pendaratan dan pendapatan harian nelayan setempat antara 20 hingga 30 peratus, selain menjimatkan kos serta masa operasi di laut.

“Selain aktiviti perikanan, lokasi LIDL ini juga berpotensi dikembangkan sebagai zon rekreasi perikanan menerusi perkhidmatan membawa pemancing luar bagi menjana pendapatan sampingan komuniti,” katanya.

Dalam pada itu, LKIM komited memastikan keberkesanan program berkenaan melalui pemantauan teknikal secara berkala terhadap perkembangan habitat dan biodiversiti marin di perairan Papar.

Turut hadir Pengarah Bahagian Industri Asas Tani LKIM, Faizal Puasa; Pengarah Bahagian Kejuruteraan LKIM, Zainuddin Mohamad dan Pengarah LKIM Negeri Sabah, Mohd Jamil @ Jomiun Abdullah.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …

90 MODUL LIDL DILABUH DI PERAIRAN PAPAR

LIDL: Muhammad Faiz menyempurnakan Program Melabuh Modul LIDL di perairan Pengalat, di sini. PAPAR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melabuhkan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …