TAHUKAH ANDA? BAHAYA DADAH HEROIN

Jom kongsikan tentang bahaya penyalahgunaan dadah jenis Heroin atau lebih dikenali dengan panggilan Ubat, Tepung atau Pokteh.

Heroin adalah merupakan dadah jenis Opioid yang diperbuat daripada pokok popi. Ia juga dikenali dengan nama jalanan sebagai White, Smack, Junk, Powder, Putih, Medicine, dan Ubat.

Ia datang dalam bentuk butiran, serbuk atau cecair. Heroin No. 4 adalah berwarna putih manakala Heroin No. 3 adalah lebih kekuningan. “Chasing the Dragon” adalah salah satu kaedah yang biasa digunakan oleh penyalahguna heroin di sini. Ia melibatkan tindakan memanaskan serbuk heroin dan menghidu asapnya melalui kertas yang digulung.

Heroin akan membuatkan penggunanya berasa gembira secara tiba-tiba, berasa khayal dan seterusnya ‘high’. Ini juga boleh diikuti dengan rasa mengantuk dan loya.

Heroin adalah dadah yang sangat ketagih dan penyalahguna akan berasa amat sukar untuk berhenti mengambilnya walaupun hanya menggunakannya untuk sekali dua. Penyalahguna heroin akan sentiasa menginginkan dos seterusnya.

Jika seseorang penagih heroin cuba untuk berhenti daripada mengambil dadah secara mendadak atau tidak mendapatkan dos yang seterusnya, beliau akan mengalami tanda-tanda tarikan (withdrawal) seperti berasa panik, kesukaran untuk tidur, menggigil dan berpeluh, sakit otot, kejang perut, loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

Mengambil heroin yang berlebihan (overdos) boleh menyebabkan seorang penagih berhenti bernafas dan mati.

Kesan Tarikan (withdrawal)

  • Mata dan hidung berair
  • Menggigil dan kekejangan tubuh
  • Cirit-birit dan muntah-muntah
  • Mudah naik radang dan gelisah
  • Kekejangan badan
  • Insomia (Kesukaran untuk tidur)

Kesan Jangka Panjang

  • Degupan jantung dan pernafasan yang lemah
  • Berasa bosan dan letih
  • Sembelit
  • Kesukaran untuk memberi tumpuan
  • Kerosakan pada paru-paru, ginjal dan hati
  • Berhenti bernafas dan mati (overdos)

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

 

 

Sumber: Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …