PLKN 3.0 KPM PERKUKUH KARAKTER DAN JATI DIRI

Majlis Peluncuran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung di Auditorium Kompleks E, Putrajaya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Who pada 21 September 2026.

PLKN 3.0 KPM dilaksanakan di 27 Kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia sebagai usaha memperkukuh dan melengkapi latihan perguruan sedia ada, khususnya dalam aspek disiplin, kepimpinan, ketahanan diri, patriotisme, kerjasama serta semangat berkhidmat kepada negara.

Pelaksanaan program ini turut menyokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang menekankan pembangunan insan secara menyeluruh. Pendekatan tersebut penting dalam melahirkan guru yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, malah mempunyai karakter, nilai dan jati diri yang kukuh.

PLKN 3.0 KPM bukan sekadar latihan, sebaliknya menjadi wadah untuk memperkukuh peranan guru sebagai pembina karakter, pemupuk perpaduan dan pembina masa hadapan dalam mendidik generasi Malaysia yang berilmu, berintegriti dan berbakti kepada negara.

Selaras dengan aspirasi “Guru Bitara Nadi Negara”, program ini mencerminkan komitmen KPM untuk memperkasa profesion keguruan demi melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti dan berdaya tahan.

 

Sumber : Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …