LIMA TUMPUAN KERJASAMA KESIHATAN ASEAN DAN RAKAN STRATEGIK

KUALA LUMPUR: Kerjasama kesihatan antara negara ASEAN dan rakan strategik terus diperkukuh melalui lima tumpuan utama yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat, inovasi serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran kesihatan global. Antara fokus utama ialah kesihatan wanita dan kanak-kanak melalui kerjasama ASEAN–China bagi memastikan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti. Selain itu, penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab bersama Republik Korea turut diberi perhatian, khususnya dari aspek perlindungan data, keselamatan siber dan etika.

Kerjasama ASEAN Plus Three bersama China, Jepun dan Republik Korea pula melibatkan 12 bidang keutamaan bagi memperkukuh jaringan kesihatan serantau. Dalam pada itu, kerjasama ASEAN–Amerika Syarikat memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan kecemasan kesihatan, surveilan genomik dan pengukuhan makmal. Tumpuan kelima ialah penuaan sihat dan aktif melalui kerjasama ASEAN–Jepun bagi memperkasakan kesihatan warga emas. Kesemua usaha ini mencerminkan komitmen ASEAN dan rakan strategik dalam memperkukuh sistem kesihatan serta memastikan kesejahteraan masyarakat terus menjadi keutamaan.

Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …