LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) DITUBUHKAN

Pada 12 April dalam tahun 1973, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah atau KETENGAH telah ditubuhkan oleh Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Matlamat utama KETENGAH adalah untuk merancang, menggalak, menyelaras, menyertai dan melaksanakan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan Terengganu Tengah. Kawasan ini terletak di bahagian selatan negeri Terengganu yang meliputi sebahagian besar kawasan-kawasan pendalaman daerah Kemaman dan Dungun serta sebahagian kecil daerah Ulu Terengganu. Matlamat ini adalah sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru Kerajaan iaitu meninggikan taraf pendapatan, menambahkan peluang-peluang pekerjaan untuk semua peringkat dan menyusun semula masyarakat. Pembangunan pertanian adalah aktiviti terpenting dalam rancangan pembangunan Lembaga Kemajuan ini.  Sehingga akhir tahun 1981, jumlah luas kawasan tanah pertanian yang telah dikerjakan adalah seluas 99,928 hektar. Dari jumlah ini seluas 41,874 hektar kawasan pertanian telah pun mengeluarkan hasil.

Ketengah juga telah menjalankan usaha sama dengan tiga syarikat perladangan kelapa sawit. Dalam pembangunan kawasan KETENGAH konsep pemusatan penempatan merupakan satu ciri penting, dimana beberapa buah Bandar baru dibina seperti Bandar Rasau Kerteh, Durian Mas, Cheneh, Ulu Cukai dan pemajuan semula Bandar Bukit Besi. Menjelang akhir tahun 1981 sejumlah 4980 lot perumahan telah disediakan disamping menjayakan kawasan perdagangan, perindustrian dan kawasan untuk membina institusi-institusi. Semenjak penubuhannya pada hari ini dalam tahun 1973, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah telah berkembang pesat. Seramai  12,609 orang telah mendapat pekerjaan di akhir tahun 1981. Perkembangan ini adalah sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk meninggikan taraf sosio-ekonomi rakyat Terengganu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …