POLIS SABAH TERIMA 13 LAPORAN ISU UCAPAN KETUA UMNO SEPANG

SIDANG MEDIA: Jauteh semasa memberikan sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Lawatan Awam ke Galeri Polis Negeri Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

KOTA KINABALU: Polis Sabah menerima 13 laporan berhubung ucapan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh sensitiviti agama.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, semua laporan diterima sehingga tengah hari Khamis daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin setempat.

“Laporan berkenaan dirujuk kepada laporan awal yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kelana Jaya bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.

“Semua laporan berkenaan sudah dirujuk kepada laporan awal di IPD Kelana Jaya dan tindakan siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Lawatan Awam ke Galeri Polis Negeri Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Sementara itu, Jauteh menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi ketika isu berkenaan masih mendapat perhatian dan tular di media sosial.

“Kita berharap masyarakat melihat perkara ini secara matang. Laporan yang dibuat sudah diambil tindakan oleh PDRM bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara telus,” katanya.

Isu berkenaan mendapat perhatian selepas rakaman ucapan Noorazli pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini tular di media sosial.

Ucapannya yang didakwa membuat jenaka mengaitkan paderi dan biarawati Kristian mencetuskan pelbagai reaksi serta membawa kepada laporan polis di seluruh negara.

Polis kini menjalankan siasatan berhubung laporan yang diterima bagi memastikan perkara berkenaan diteliti mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA

Tanjung Bidara – Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus menjadi produk …

POLIS SABAH TERIMA 13 LAPORAN ISU UCAPAN KETUA UMNO SEPANG

SIDANG MEDIA: Jauteh semasa memberikan sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Lawatan Awam ke Galeri Polis Negeri Sabah di …

LELAKI WARGA ASING DITAHAN BERSAMA PISTOL, SYABU 901.35 GRAM

ROSDI TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun ditahan bersama sepucuk pistol semi-automatik, tiga butir peluru dan dadah disyaki …